De' PERMAI

Homestay ini merupakan sebuah rumah teres dua tingkat empat bilik tidur (2 bilik berhawa dingin) tiga bilik air/tandas. Terletak berhampiran Pusat Bandar Parit Buntar dan Hospital Parit Buntar serta berdekatan dengan Padang Bandaran Parit Buntar, USM Kampus Kejuruteraan dan MRSM Transkrian.
Ruang Tamu yang luas dan dilengkapi set sofa, set meja rotan, TV dan kipas angin syiling.
Bilik Utama yang luas dan dilengkapi aircond, bilik air/tandas, set katil saiz Queen, TV, almari pakaian, seterika, sejadah, rak tuala dan kipas angin syiling.
Bilik kedua: Dilengkapi aircond, set katil saiz Queen, almari pakaian dan kipas angin syiling.
Bilik ketiga: Dilengkapi set katil kelamin dan kipas angin syiling. (Antara bilik kedua dan ketiga terdapat bilik air/ tandas)
Bilik keempat (di tingkat bawah): Dilengkapi set katil kelamin, bilik air/tandas dan kipas angin syiling.
Dapur: Dilengkapi kabinet dapur, set memasak dapur gas, set meja makan, peti sejuk, mesin basuh, jug kettle, kipas angin syiling, pinggan mangkuk  dan lain-lain.
Alamat Homestay: Taman Kerian Permai, Parit Buntar.
Kadar Sewa: RM230/malam