De' ILMU

Sebuah Rumah Teres Eksklusif 2 tingkat 4 bilik tidur (3 berhawa dingin/ aircond) dengan 5 bilik air/tandas. Terletak bersebelahan Desa Siswa USM dan sangat berhampiran USM (Kampus Kejuruteraan), MRSM Transkrian dan ILP Nibong Tebal. Boleh parking 4 buah kereta di dalam pagar.
Bilik Utama yang sangat luas dilengkapi dengan bilik air/ tandas, penghawa dingin (aircond), kipas angin syiling, katil saiz Queen, Kusyen boleh ubah (menjadi katil), almari pakaian gelongsor, meja solek, sejadah dan rak tuala.
Bilik Kedua dan Ketiga dilengkapi dengan bilik air/ tandas, aircond, kipas angin syiling, katil kelamin, almari pakaian, meja solek, sejadah dan rak tuala.
Bilik Keempat (di tingkat bawah) lengkapi dengan bilik air/ tandas, kipas angin syiling, katil kelamin, almari pakaian, meja solek, sejadah dan rak tuala.  
Ruang tamu dilengkapi Kipas angin syiling, Set sofa, Set meja makan 6 kerusi, TV Samsung 42" flat screen termasuk Astro.  
Dapur dilengkapi kabinet dapur, Set dapur gas memasak, Peti sejuk 2 pintu, Penapis air, Set meja makan, rice cooker, jug kettle, pembakar roti, kipas angin dinding dan bilik air/ tandas.
Alamat Homestay: Taman Ilmu, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.
Kadar Sewa: RM250/malam

No comments:

Post a Comment